|
1.
|
Apakah KAD HAWA?
|
|
|
KAD HAWA dilancarkan pada bulan Ogos 2011 diatas inisiatif Puteri UMNO bersama RealRewards.
Keahlian menawarkan pelbagai keistimewaan di antaranya perlindungan insuran,
Mata Ganjaran RealRewards dan diskaun di Rakan Niaga Privilege.
|
|
|
|
2.
|
Siapakah yang boleh memohon keahlian KAD HAWA?
|
|
|
Keahlian KAD HAWA terbuka kepada semua wanita
berumur 18 tahun hingga 40 tahun tidak
mengira bangsa, agama atau parti politik.
|
|
|
|
3.
|
Apakah keistimewaan KAD HAWA?
|
|
|
- Perlindungan Kecurian Ragut*
- Faedah sehingga RM10, 000 untuk Kematian Akibat Kemalangan & Hilang Keseluruhan Keupayaan Kekal
- Kehilangan wang dan/atau barangan berharga disebabkan kecurian ragut atau kecurian
- Perlindungan pengeluaran wang dari ATM dan bayaran perubatan
- Kehilangan dompet
- Mata Ganjaran RealRewards
- Diskaun dari Rakan Niaga Privilege RealRewards
* Perlindungan Insuran disediakan oleh Chartis Malaysia Insurance Berhad (795492-W).
|
|
|
|
4.
|
Dimanakah KAD HAWA boleh digunakan?
|
|
|
Kad Hawa diterima pakai di semua Rakan Niaga RealRewards dan
juga Rakan Niaga Privilege RealRewards yang mempunyai
lebih dari 1300 cawangan/kedai di seluruh negara. Sila layari
laman web kami : www.realrewards.com.my untuk senarai terkini.
|
|
|
|
5.
|
Bagaimanakah penggunaan KAD HAWA?
|
|
|
Hanya tunjukkan KAD HAWA apabila membuat bayaran untuk barangan atau
perkhidmatan di mana mana Rakan Niaga dan Rakan Niaga Privilege.
|
|
|
|
6.
|
Bolehkah saya mengumpul Mata Ganjaran RealRewards dan membuat penebusan untuk Mata Ganjaran terkumpul?
|
|
|
Ya, boleh.
Pemegang KAD HAWA boleh mengumpul Mata Ganjaran dan membuat penebusan untuk Mata Ganjaran terkumpul
(Mata Ganjaran akan lupus dalam tempoh 3 tahun) di Rakan Niaga terpilih atau membuat penebusan melalui
laman web kami : www.realrewards.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-8023 2626.
|
|
|
|
7.
|
Berapakah yuran keahlian KAD HAWA?
|
|
|
Keahlian adalah RM10.00 untuk seumur hidup. Perlindungan insuran untuk tahun pertama adalah percuma
dan ahli hanya perlu membayar bayaran minima (yang akan dimaklumkan kepada ahli sebulan sebelum
tarikh luput insuran terkini) untuk memperbaharui perlindungan insuran untuk setiap tahun seterusnya.
|
|
|
|
8.
|
Di manakah boleh memohon/mendaftar untuk keahlian KAD HAWA?
|
|
|
Borang permohonan keahlian boleh didapati dengan menghubungi Ketua Bahagian
Puteri Umno masing masing (sekiranya pemohon adalah Puteri UMNO) atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di
talian 03-8023 2626 atau melalui email di memberservices@realrewards.com.my.
|
|
|
|
9.
|
Bagaimanakah cara pembayaran keahlian?
|
|
|
Bagi pemohon yang merupakan Puteri UMNO, bayaran boleh di buat melalui Bahagian Puteri UMNO di mana pemohon berdaftar
atau membuat bayaran terus ke akaun RealRewards seperti dibawah.Bagi pemohon lain, bayaran boleh di masukkan ke
akaun RealRewards seperti berikut;
CIMB Bank Berhad
Nombor Akaun: 1220 0000 1221 06
Bagi pembayaran terus ke akaun RealRewards, sila fax resit pembayaran ke 03-8023 2228 / 03- 80231355 atau email kepada memberservices@realrewards.com.my.
Sila tuliskan nama dan nombor kad pengenalan anda diatas salinan resit pembayaran.
|
|
|
|
10.
|
Berapa lamakah proses pengeluaran KAD HAWA?
|
|
|
RealRewards akan menghantar melalui kiriman pos kad keahlian kepada Bahagian Puteri UMNO atau ke alamat yang di nyatakan dalam tempoh 3 - 4 minggu dari tarikh pembayaran diterima.
|
|
|
|
11.
|
Di manakah maklumat lanjut tentang KAD HAWA boleh diperolehi?
|
|
|
Sila layari laman web kami di : www.realrewards.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-80234110.
|
|
|
|
12.
|
Berapa lamakah tempoh sah keahlian setiap KAD HAWA?
|
|
|
Keahlian adalah untuk seumur hidup, tetapi perlindungan insuran percuma adalah untuk tempoh
setahun bermula dari tarikh keahlian KAD HAWA. Perlindungan insuran perlu diperbaharui
setiap tahun dengan bayaran minima yang akan dimaklumkan kepada semua ahli sebulan sebelum
tarikh luput insuran terkini. Perlu diingat, ahli tidak akan mendapat perlindungan insuran
sekiranya tidak diperbaharui, walaubagaimanapun Kad Hawa masih boleh digunakan disemua
Rakan Niaga Privilege/Rakan Niaga untuk mendapatkan diskaun dan mata ganjaran.
|
|
|